Saturday 27 July 2013

Outfit of the day yang awesome !!

Assalamualaikum 


Hyee korang semua, amacam puasa korang setakat ni mesti ok jer kan, amaklumlah korang kan hebat hebat belaka hihiii. Alhamdulillah dah masuk 18Ramadhan da kan, pejam jelik pejam jelik kejap jer masa berlalu.Ya Allah besarnya keaguganMu ini, so korang jgan lupa bertadarus di bulan yang mulia ni ok, insy'Allah.

Ok, nak tanya korang persiapan raya macam mana?. dah beli baju raya? dah beli tudung raya? dah beli kasut raya? dah beli kuh raya? Acecehhh banyak pulak soalan yang aku tujukan kat korang ni kan, hihii sesory guyss. Aku saje jer nak menyusahkan korang semua untuk menjawab soalan soalan jepumas aku ni *Relaks laa ea hahahah. Aku rase la korang mesti dah buat serba sikit kan persediaan tu semua, so same la macam aku ni, sikit sikit jer persiapan raya aku ni and tak siap sepenuhnya pown.

Becerita soal persiapan raya ni, hari  ni aku tak tahu la ape la malang nasib aku, abang and akak ipar aku. Kite orang pagi pagi lagi dah bersiap pergi shopping raya kat bandar Johor tu, excited sangat kan pagi dah pergi. Dalam puluk 9am macam tu laa. So, sampai jer johor kite orang terus pergi Plaza Angsana Johor tu, sopping shopping raya baju anak anak abang and macam macam lagi ler, dekat 3jam juga laa dalam angsana tu. Oke siap jer shopping nak keluar pergi dekat parking and abang nak start ejen. . . .. .  . .  . . . Ya Allahhhhhhhh hanya Tuhan jer yang tahu betapa risaunya hati kite orang ni, kereta tak boleh nak on enjen nyer, tak tahu la masalah baterinya ker, alarmnya ker. Dekat 3jam lebih juga laa kite orang tunggu betul kan dekat parking kereta dekat angsana tu. Hmm mujurlah ada kawan abang datang tolong tengok  tengok kan dan akhirnyaa siap juga laaa. Betapa gembiranya hati ni bila kereta da boleh start semula, syukur Ya Allah.

So, kesimpulannya before korang nak pergi jalan shopping raya sakan korang tu check laa kereta kereta korang and jangan lupa buat la double check yer. Ni laa #Ootd aku yang paling awesome sangat sangat laa menunggu di parking kereta sampai 3jam. Fuhhhhhhhh, kalau korang pernah alami kongsikan lah cerita korang bersama aku dan kawan kawan yang lain :(.


Mood : Sedihhhhhhhhhhhhhh sesangat !!!! #Ootd yang sangat AWESOME !!!

Wednesday 24 July 2013

Iklaskan Hati

Insy'Allah, Allah selalu bersama dengan orang orang yang hatinya ikhlas !!

Assalamualikum, kali ni nk update dekat entry ni mengenai hati yang ikhlas dan sekutu dengannya. Sentiasa berdoa pada Allah agar hati kte semua sentias ikhlas walau dengan sesiapa sekalipun, insy'Allah Allah sentiasa meredhoi segala perbuatan yang umatnya lakukan. 


Susah dan sukar bila nak mencari hati yang betul betul ikhlas ni kan, Ya Allah jauhilah keluargaku dari segala fitnah,kau maha mengetahu segala galanya Ya Allah, kau lindungilah kami sekeluarga dan semua umatMu yang kamu sayangi. Ingat wahai sedara sedaraku, Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lakukan walaupun perkara itu kecik bagi kamu !!. Kamu tidak sepatutnya menghasut orang yang baik untuk membenci orang yang baik dan orang yang tidak bersalah. Janganlah kamu membuat fitnah keatas saudara kamu, buruk perangainya. Jaganlah kamu selalu menyalahkan dan mendengki saudara kamu, buruk padanya. 

Fikirang orang tua begitu lemah untuk dihasutnya, orang tua selalu mengikut kata orang yang baik dengannya. Baik buruk cerita yang disampaikan kepadanya dia hanya mengikut dan mengiakannya. Ya Allah kau lindungilah orang orang tua yang selalu dihasut oleh orang orang muda. Jauhilah mereka daripada segala aniaya Ya Allah. 
Ya Allah kau yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kau satukanlah hati hati kami sebagaimana kau satukan hati umat umatmu yang terahulu. Kau berilah kasih sayang antara kami semua Ya Allah. Sesungguhnya kami dehagakan kasih sayangmu


"Manusia yang jujur hidup dengan tenang dan tanpa ketakutan, sementara manusia yang penipu sentiasa merasa takut". . Jauhilah fitnah yang berhasad dengki kepada kami. Tunjukkan lah kebenaran yang kami mahukan.
 ~ Manusia yang suka dedahkan aib orang mukmin ketika di dunia, aibnya akan didedahkan oleh Allah S.W.T. di hari akhirat. Ketika itu orang-orang mukmin akan mentertawakan golongan tersebut yang gembira dan mentertawakan orang mukmin ketika di dunia.

Peringatan kita bersama, semoga kita ikhlas hatinya terhadp orang disekeliling kita. Insy'Allah amin *. . Assalamualaikum

Monday 22 July 2013

Syukur ALHAMDULILLAH ***

Beriftar with Love !! ~

Assalamualaikum guys !! hm lame sudah aku x bukak entry aku ni x update ape ape pownkn, busy sangat sangat laa *ntah busy ape pown tak tahu laa hahhaa*. . Almaklumlah bulan puasa ni lepas sahur siap siap solat semua mesti la sambung tido balik then bangun sampai pukul 12pm hahahahahah, it's me *yer jer aku ni kan :P . Happy fasting guysss !!

Berbalik pade aku punya title tu "syukur ALHAMDULILLAH" why???? sebab hajat aku sebelum ni untuk beriftar dengan kawan kawan telah pun berkesampaian hihiii, thanks sangat2 uolls sayangggg sangat dekat korang *cehhh poyo pulak kan hihiiii. Hmm tapi kan before ni kite orang beriftar reramai dekat satu clas lagi mase form6 clas pre-u bukharian tu, tapi sekarang just berempat jer !!! ahhhhhhh tak seseronok macam dulu laaa, tapi walau ape pown kami berempat tetap memeriahkan suasana. walaupun berempat kecohnyaa alamak dah macam satu clas la pulak hahahah, almaklumlahhh dah lame tak berjumpakan pot pet pot petttt jer *when gurls talk !!!!, so kene la faham faham, banyak benda yang nak digosipkannya.





upsssssss sesooooryyyyy jiran sebelah datang bergosip gosip jap, tu yang tergendala kejap ni. Jap ea aku lupa aku cerita ape kat atas tu, baca balik dalam 2saat jap hahhah. . . . . . . . .
Oke oke. . . cerita tetang gambar atas tu berlaku 2tahun lepas da, ni la yang aku cakap kat atas tu budak pre-u bukharian yang kite orang iftar sama sama. Skarang dah tak ramai macam ni da :(. . sedeh weyhh, tak pe la masing masing ada kerja, so kite org faham *acehcehhh hihiii

Fitri Rafhanah ( http://www.facebook.com/fitrihanah?fref=ts ) tak de, time ni dia laa yang ambik gambar kite orang semua ~ thanks Love hahahaha. sheda tak de so jangan jelous yer hihii, nanti kau balik kite g sama sama yer
See !!!!! banyak tak banyak la kan orang perempuan macam kami ni makan hahahaha, so what?? kalau nak makan tu makan jer laa hihiiii

My dear friend I love uolss so much hhaha, thanks about everything . 

Cukup la ni jer ea, gambar gambar lain semua dekat kira hmm. Selamat berpuasa dan selamat berbuka uolls yang aku sayang. oke bye !!

Cc : http://www.facebook.com/fitrihanah?fref=ts , http://www.facebook.com/elmy.emily.3?fref=ts , http://www.facebook.com/syakirah.norhizan?fref=ts

Monday 8 July 2013

Seindah Ramadhan 2013

Ramadhan is loading 99%. . .


Diam tak diam hanya tinggal sehari saje lagi kita akan menjalani ibadah puasa iaitu bulan Ramadhan bulan yang ninanti nantikan para muslimin dan muslimat sekalian. *cehhh ayat skema hihiii. .
Well u know me hahah, lagi pun nak masuk bulan Ramadhan ni perangai kene baik baik ok, lagi lagi menjaga pergaulan, menjaga mata, menjaga hati, menjaga aurat dan macam macam lagi benda yang perlu dijaga pada bulan Ramadhan yang akan tiba sehari saja lagi. Amalkan laa yer pantang pantang semasa berada di bulan Ramadhan yang mulia ni, dan amalkan pada bulan bulan yang lain juga oke, teruskan niat baik uolls semua tu.

Abu Hurairah RA telah bersabda Rasulullah SAW : *Apabila datangnya Ramadhan dibukanya segala pintu pintu syurga, ditutup segala pintu pintu neraka dan diikat segala syaitan // 


Maksud Puasa :
Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud ahli Feqah ialah meninggalkan diri melakukan perkara perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bermula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.


Kat bawah ni aku sertakan lafaz niat puasa dan doa berbuka puasa. Korang mesti da hafal kan, tapi pada yang tak tahu atau tak hafal tu so, baca dan ingat la yer lafaz niat puasa ni.




 Bulan puasa ni juga banyak dugaan yang bakal kite tempuhi, menahan rasa lpar dan dahaga, so kalau tak nak haus tu masa sahur minum la air masak banayak banyak yer, jangan minum air manis banyak sangat masa sahur tu sebab air manis ni membuatkan tekak kita ni kering // 
Masa nak berbuka pulak nafsu makan banyak banyak, haa lagi laa kalau time pergi bazar Ramadhan memang banyak plihan dan kalau boleh semua makanan nak dibelikan. Almaklumlah orang puasa nafsunya memang tinggi uoolss . . .

Baiklah dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada family, kawan kawan dan uolls semua. Puasa jangan tak puasa tau. Sape puasa penuh aku bagi hadiah, nanti tuntut dekat aku taw !!!! hahaahahahah  >_<



Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki Memberi buka banyak pahala
8) Bulan keampunan – doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
– juga doa pada sepertiga malam.
9) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan – pengampunan,
10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.


                                           
Puasa jangan tak puasa taw !!!! 


Friday 5 July 2013

Hari jubah akak !!. . . Kolej Islam Johor Bahru MARSAH. .


Assalamualikum. . :)

Oraite semalam pergi hari jubah akak, a.k.a konvokesyen laaa namanyaa, saje jer aku panggil hari jubah hahahah. . Tahniah la nak ucapkan pada my akak https://www.facebook.com/ciqeqin.mohamed yang telah berjaya menamatkan belajar di peringkat diploma pendidikan. Tak lama lagi bakal jadi ustazah laa yer, bangga sama lu kak hahahah, tak ade adabnya bila adik dia yang sorang ni berkata kata kihkihhh.

So, suasana hari konvokesyen dorang memang meriah sangat laa. Pelajarnya seramai 200 lebih orang la cm tu. Sejuk jer mata ni tengok tahfiz tahfiz yang dapat anugerah, pandai jer kan dorang ni, Alhamdulillah. Tahiah pada semua orang yang berjaya ok. Tak lama lagi aku la pulak...... ishhh memang lama lagi pun, lagi 2tahun aku nak belajar weyhh, so aku kene la belajar rajin rajin if nak daptkan segulung ijazah aku ni. . amin and Insy'Allah aku akan membalas jasa ibu dan ayah. .

Haaa ni la my akak, tak nampak mcm akak pun kan *hahahah
Acehcehhh macam aku pulak yang nak konvokesyen nye kn hahahahah.

*ahhhh cop2 jangan ambik gambar banyak sangat, sudah sudah

Dari pagi sampai la tengahari tak makan lagi, dapat jer makanan yang banyak banyak aku pegang ibu dengan ayah terus makan. Kesian jer kan hmmm, aku tak makan tak pe sebab aku ni nak berdiet untuk raya nanti hahha. . . ok byeee

Thursday 4 July 2013

Korea korea korea ////


Assalamualaikum. . >_<
Ok mood cuti sem ni memang dengan drama drama korea jer laa, kalau tak nak buat pe kan dekat rumah ni. Baik laa aku tengok pakwe pakwe aku tu hihiii. Datimg dengan dorang buat aku rasa seronok haha *jangan jelous laa uoolls ea.

Tengok drama korea memang kite terkorea sekali la kan, korang sendiri pun tahu kan bila tengok drama korea jer mesti sedihhhh gilaa kan, romatink memang la kan, kite gugurl gugurlss memang suka bab bab yang romantik ni hahaaha. Bila time sedih fuhhhh nangis meleleh weyhh air mata ni, dah macam ape da. Nasib baik laa tengok sorang sorang dekat bilik, if tengok dekat luar bilik mesti ibu dengan ayah pelik, kenape laa anak dia ni mengadap laptop sampai nangis nangis hahhaah *tak boleh bayangkan.

Oke sriously memang best gila drama drama, movie movie korea ni. Part part dorang belakon memang berkesan gila laa.Da la pelakon wanita cantik canti, kulit dia makk aiii geram aku.... Eeeee jeles2..... Haa yang pelakon lelakinya pulak fuhhh hensem gilaaa weyhhh, mereka la ciri ciri lelaki idaman setiap wanita hahhhaa *over

*Boys over flower. . . memang bestttttt gilaaa laaa. happy sanagt tengok cerita ni, tentang persahabatan dan cinta. Korang mesti tengok taw!!

*Heartstring. . . Oke ni cerita pakwe aku yang awesome, cute jer kan uka dia hihiiii, u are my prince laaa. Tengok berkali kali dah drama ni, tetap tak bosan. makin nak tengok lagi


*Rooftop prince. . Drama dunia raja dan dunia manusia biasa. Sedihhhh dan penuh konflikasi. memang

*A gentelman dignity. . . kisah 4orang lelaki berumur, hahhhahha. memang best dan romantikkk gilaaaa habisss

End, ni la drama drama yang aku tengok, ade yang dah tengok then aku tengok lagi ahahahaha. Memang best dan tak pernah jemu !! Korang mesti tengok taw, lagi lagi part rang romantik hahahaha :P
  


Oke time untuk menyanyi nyanyi, berfelling felling hahha, jommmmm . . . . . .