Sunday 22 December 2013

Pesanan penting buat LELAKI !


Ada satu pesanan penting yang saya nak bagitahu pada lelaki. Yang saya kira sangat-sanagt penting.
Tolong jangan puji kecantikan seseorang wanita itu di hadapannya. Jangan, puji apa-apapun berkaitan dengan diri seseorang wanita itu dihadapannya.

Tambah-tambah, jangan puji jika kamu menyukainnya.

Kecuali dengan satu syarat,

Jika wanita itu isteri kamu, maka pujilah tanpa henti.

Tapi, jika tidak JANGAN PUJI.

Kenapa?

Kerana wanita itu SANGAT LEMAH dengan pujian.

Saya mohon, jangan rapuhkan hati seseorang wanita dengan pujian.

Pujian itu menghancurkan.

Membunuh kekentalan hati seorang wanita.

Jika tak tahan ssangat nak puji, pujilah depan orang lain atau didalam hati. Jangan sampai dia tahu kamu sedang memujinya.

Tolong ya.

Wanita itu halus hatinya. Percikan pujian mampu membunga rasa, jiwa makin terjentik bila Syaitan membisik bersama.

Kasihanilah wanita. .




Dehearty - Wanita

No comments:

Post a Comment