Friday, 9 January 2015

Sabah Vacation.

Sudah berbulan da tinggalkan percutian ke Sabah, tak juga update2 kan. MALAS, cek tak ade mood aihh. 

Sebab busy kita bagi 2 3 4 gambar jer time pergi Sabah untuk 4 hari 3 malam. so, terpaksa la update sikit dulu. Nanti ah cuti sem sebulan aku buat karangan sampai 7 muka surat untuk korang baca.  Memang sangat-sangat la menarik sebab percutian yang kami pergi ni terlalu bajet dan kena pulak dengan pergi tempat-tempat yang menarik.

Best gila-gila dan tak kan pernah menyesal. Nanti aku bagi number abang-abang yang baik hati yang boleh bagi korang special price haahah. Yang penting *kenyet mata sikit jer dekat abang tu* kahkakahh petua Abadi ni tau.

Nahh,


Rumah Terbalik


Kundasang. . ? ? 


3 Pulau... ? ? ?


? ? ?

 
Pasar Filipina Kota Kinabalu



Balik Kuching da .

Size gambar tersangat la limited sebab tak nak korang tengok muka kite orang yang dah gelap tu. Hehee

_________________________________________________________________________________

Only RM500 for Vacation to Sabah
(21 october 2014 - 24 october 2014)


Ok kawan-kawan dah start bising sebab aku tak update lagi entry ni hahah. Ntah la, busy sangat kot, almaklumlah kalau dah ade dekat rumah ni kejanya makan tido movie and jalan. Tu je kerjanya tak ingat ape dah. Sekarang aku sambung entry ni ye.


FIRST DAY





video


Kite orang bertolak pepagi buta before student-students dekat kolej bangun hahahha. Habis jer solat Subuh kite orang gerak la, sebab masa tu flight kite orang pagi dalam pukl 6.00am macam tu. Haaa sape yang hantar kami semua ni?? Ofcorse la pakcik Van haaa senang sumbat sekali jalan sekali, kalau suruh orang hantar naik kereta susah sikit laa kan.

Nampak la kan muka tu sememeh semacam biasa la bagun awal pagi, tapi excited tu tetap ada sebab nak jalan jauh apa orang kate tu, haaa Vacation heheheheh. Perjalanan dari Kuching ke Kota Kinabalu menganambil masa dalam 2jam macam tu laa.

Kononnya dalam flight nak tido sebab bangun awal pagi mengantuk sangat, tapi tak pun masing-masing nervous and tak sabar nak sampai ke Sabah kau ! Hahahaha



Sampai je airport KK aku terus je call orang yang aku sewa kereta tu. Memang murah la sewa kereta dengan dorang ni. Sebab apa la kan hahah sebab aku memujuk mintak kurangkan sikit harga sewa kereta, yelaaa nak sewa kereta sampai 4 hari kot. First dia bagi sebuah kereta dalam RM110 tapi aku ni kan kaki memujuk dan membodek, last-last dapat la RM90 untuk sebuah kereta and kite orang sewa 2 kereta untuk kereta viva and saga.

Ofcorse la viva paling jimat minyaknya, saga hmmmm hampehhh. Kalau korang nak sewa aku suggest korang sewa kereta viva ea. Actually, kite orang sewa 2buah viva tapi last minute dia bagi saga pulak. Hmm tak ade pilihan.



First trip, kite orang pergi Rumah Terbalik, memang best and emang terbalik-balik pun hahhahaah. Kami tidak dibenarkan ambik gambar dalam rumah tersebut katanya tak surprise la untuk orang-orang yangbelum datang tu. So, just boleh ambik luar rumah and luar persekitaran rumah terbalik tu.

Ok dalam rumah tu macam biasa la apa yang ada dalam rumah korang ade la dalam rumah terbalik ju. Just semua barang dalam rumah tu totally semua terbalik. Haaaa dapat bayangkan tak katil terbalik? TV terbalik? kerusi terbalik? and semua laa boleh terbalik dalam rumah tu. Suasana dalam rumah tu memang la agak unik sebab first time kan masuk and first time nampak semua peralatan terbalik.

Masa kami masuk dalam rumah terbalik tu and ade la sorang perempuan ni menceritakan kisah apa yang terjadi pada rumah tu. Kalau nak tahu datang la and tengok dengan mata sendiri and dengar dengan telingga sendiri hahahah.



Ni persekitaran luar rumah terbalik. Memang agak cantik laa kan. Haa tu kereta pun boleh terbalik. Tandas pun boleh terbalik. Yang paling peliknyaa la kan number plat kereta tu ! Hhahahah number plat Joho laa.

                                                                                                                                                                         
Ok korang jangan risau laa kalau korang lapar ke dahaga ke, dekat situ ada sediakn cafe untuk korang order makanan dengan menggunakan duit korang sendiri hahah. Makanan dekat sini memang sedap, masa ni kami semua beli nasi lemak. Pehhhh seriously sedap sangat-sangat-sangat. Harga pun berpatutan laa. 

Lupa lak nak cakap pasal bayaraan. Haa korang ingat masuk rumah terbalik ni percuma ke? Kena bayar RM10 ok. 




Then after that, kite orang pergi Botanical Garden, kadar bayaran sebanyak RM3 je, tapi dalam ni tak ade pape sangat sebab kena jalan macam dalam taman-taman tu just tengok la pokok-pokok apa yang ada dalam hutan tu.

Before nak pergi Botanical Garden tu korang akan lalu jambatan tamparuli ni.


_____________________________________________________________









After that kite orangpergi sini haaaa pergi New Zealand hahahah. Sebab cuaca dekat sini sejuk gilaaa kate kau. Makin jauh perjalanan nak naik ke Kundasang ni makin naik la suhu kesejukan tu. Even ada matahari memang sejuk. Kalau tak dapat pergi New Zeland pun dapat pergi Kundasang ni pun dah ok sangat da. Lembu pun banyak hehhehe.

Nak masuk Desa Dairy Farm ni ada masa untuk melawat. Haaa korang tengok la gamabr tu, penat nak menaip. Bayaran masuk pulak only RM4.

Dekat dalam Dea Dairy Farm ni juga ada cafe menjual bermacam-macam susu and souvenir. If korang nak rasa keaslian susu kambing ni korang boleh la beli dekat cafe tersebut. Ramai juga la foreigner datang sini. Boleh la nyit-nyit mata sikit. hahaha


__________________________________________________________________







2jam dekat Desa Dairy farm kite orang pergi cari rumah kite orang dekat Kundasang. Haaa before nak pergi vacation ni korangkena la cari dulu tempat tinggal korang semua benda-benda yang penting. Sehari bermalam di Kundasang je ni. So, cari la chalet yang berdekatan dengan Kundasang yang sejuk gila ni. 

So jumpa la Kiram Village, harga memnag berbaloi dang berpatutan sesuai dengan keindahan tempatnya. Kite orang sewa dekat Kiram Village ni 1 hari 1 malam, check in petang keluar pagi. Actually check in tengahari tapi kite orang samapi lambat sebab jalan-jalan dulu dekat Kundasang ni. Harganya RM270 untuk 1 day and 1 night

Sampai je Kiram Village kite orang rehat kejap then keluar balik pergi cari Hot Spring. Cari punya la berjam hmm tak jumpa-jumpa tapi akhirnya dengan berkat kesabaran hahaa jumpa la Hot Spring Poring, Ranau dekat Kundasang ni. Ok nak masuk sini kena bayar tapi masa pergi dekat Taman Botanical tadi dia ada bagi 1 kad seorang, dekat kad tu harga Rm4 tadi termasuk sekali untuk masuk ke Hot Spring ni. So ade la penjimatan disitu. 

Then join ur Hot Spring yang tak berpa nak hot ni. Time kite orang pergi dah petang sangat dah so tak de la ramai sangat orang dekat sini.


_____________________________________________________________________



SECOND DAY








Bila malam memang sejuk sangat ni tak tahan oi nak tido, tapi redah je kasik tido jugaa ye. Waktu dengan Sabah ni pun cepat la kan bila pukul 5am pagi memang dah cerah dah. Aku jalan-jalan kawsan Kiram Village ni kononnya nak ambik angin pagi. Cantikk weyh, kalau pergi waktu honeymoon memang best hahaah.








Suasana dekat Kiram Vullage. Cantikkan permandagannya and rumahnya pun cantik and selesa la. So, dekat Kiram Village ni banyak Kabin and ikut harga. Kalau nak lebih selesa hargany mahal laa kan. Ikut juga berapa orang yang nak duduk dalam kabin tu.


                                                              http://kirams-village.com/

______________________________________________________________________




Dekat Kundasang ni kite orang jumpa pasar tepi-tepi jalan so jumpa la sayur-sayur yang segar bugar ni. Agaknya kalau rombongan mak-mak memang habis dorang beli semua ni. Strawberi dia pun banyak jual dekat pasar ni.


__________________________________________________________________________











Ladang Teh ni atas lagi dari Kundasang, so kite orang nak pergi sini juga terpaksa la jalan ke hdapan lagi. Yelaa dah samapi Sabah mesti la pergi semua tempat.

Nak masuk Ladang Teh ni dia ada ikut pakej, ade yang siap harga untuk makanan sekali. Yang kite orang ambik ni pakej RM16 macam tu la, aku lupa.  Yelaa dah lama pergi tak ingat dah. Tapi jangan risau tak de lah mahal sangat pun.


__________________________________________________________________



Lepas pergi Ladang Teh tu kite orang turun balik ke Kota Kinabalu KK, masa nak turun balik ke KK ni, perancangan nak pergi ke Natural Fish Spa dekat Kampung Sendul, aku rasa harga masuk RM10 la kot hahahah. Haa dorang ni je lah yang pergi sebab kite orang yang lain dah laju sangat bawak kereta so, dah dekat depan sangat dah, malas nak patah balik turun je la ke KK.

Dorang cakap pergi sini best sebab ikan tu gigit-gigit kaki dorang, ikan pun banyak. Haaa yang penting layanan orang kampung tu memang baik.

_____________________________________________________________________







Sampai je dekat rumah Homestay dekat KK ni kite orang rest jap malam baru la keluar pergi lepak-lepak dekat Shopping Complex One Borneo. 

So, kite orang pergi makan ayam penyet and semua jenis penyet Indonesia dekat sini. Memang sedap and ni la baru namanya ayam penyet sebab sambal dia pedas sanagat la, and baru la puas hati makan pedas-pedas ni hehehe.



THIRD DAY


Nanti aku tunjukkan rumah Homestay kite orang dekat KK ni ea. Owner rumah ni baik hahahhahahah.







Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba haha. Nak snorkelling sangat kan. Orang kate kalau pergi Sabah tak sah la kan kalau tak naik Pulau ni. Excited dia lain macam tak sama excited jumpa boyfriend hahaahah. 

Nak pergi Pulau ni dekat Jesselton Point, cari je dekat waze mesti jumpa. So, kite orang decide pergi 2 Pulau je, Pulau Manukan and Pulau Mamutik. Tak sabar nak tengok Nemoooooo hehehehh. 

Macam biasa la bab-bab kps pembayaran serah pada aku, biar aku berunding dengan abang tu. Hahaahah faham-faham la, orang yang dah kenal aku tahu la kan macam mana aku tawar harga ni heheheh best tau bodek orang untuk tawar menawar harga ni. =D

So, dapat la kite harga yang berpatutan dengan pakej yang kite orang pergi untuk 2 pulau ni.















Bukan main seronok ber snorkelling ye, siap main Parasailing lagi kan. Happy yeeee.
Yang kite orang main Paasiling ni dekat pulau Manukan. Harga dalam RM60 kot aku pun dah lupa =)












Then lepas 4 jam ber snorkeling dekat pulau Manukan kami pindah ke Pulau Mamuti yang cantik sesangat ni. Snorkeling samapi ke tengan sambil ditemani abang-abang yang baik-baik belaka. I see the fish !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ya Allah cantik sangat-sangat....... Nak lagi, nak lagiiii =D




Nak balik and before tu nak pergi cari seafood !!!!! Yummyyyy






Haaaaa tadaaaaaa. Sedap, harga berpatutan, fresh, and semuaaa la. Selmat menjamu selera untuk korang yang melelah air liur tu. Makanan seafood ni semua ada dekat Pasar Philipines, haaa famous kan tempat ni bagi mereka yang tahu laaa.





FOURTH DAY




Ni la rumah Homestay "Sri Intan Homestay" kite orang dekat Putatan. Google je nanti jumpaa laaa,  Besar kot rumahnyaa ade acon lagi. Kite orang duduk untuk 2 days and 1 night, only for RM270






Penat then balik.... Bye byeeee Sabah, nanti kami datang lagi yeee =D




_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________



FIRST DAY
- Rumah Terbalik RM10.00
- Kinabalu Park/ World Heritage/ Hot Spring Poring RM3.00
- Desa Catle RM4.00

SECOND DAY
- Ladang Teh (Pakej) RM16.00
- Natural Fish Spa RM10.00

THIRD DAY
- Jesselton Point RM3.60
- Tunku Abdul Rahmah Marine Park rm350

  • Pulau Manukan
  • Pulau Mamutik
FOURTH DAY
- Balik =D



Car Rental RM540 (3days 2night)
- 013- 857 7007 (Man Man)

Kiram Village RM270 (1day 1night)

Sri Intan Homestay RM270 (2days 1night)
 - 012- 838 6598 Hajah Sofie 




Flight Ticket RM100++ (tak ingat)

Parasailing RM60

Pulau RM250



_______________________________________________________________________________






Benda-benda macam ni tak oleh buang, kena simpan buatkenangan and mana tahu nak datang lagi. Boleh la call dorang semua ni and pastinya mesti dapat discount yang banyak hehhe.

THANKS....


No comments:

Post a Comment