Wednesday 26 March 2014

Dugaan sebagai seorang pelajar "University"

Assalamualaikum 

Lame dah tak hupdate blog, cehh padahal baru sebulan cam tu. Hm hidup student biasa la busy memanjang. Tapi nak kata busy sangat tu tak de la and sempat juga spend time untuk tengok movie2 dalam lappy ni ha ! hahaha. Biasa la tu kan, korang pown macam aku juga kan, kalau study memanjang bosan juga kan, boleh botak kepala nanti bila fikirkan study jer. Upppsss

Ok actually nak cerita dugaan jadi seorang student 'University' ni, hm korang pon tahu la kan hidup student U ni tak ade la busy mana pon tapi lect yang buat student tu jadi busy and student pon malas nak membusy2kan diri dorang. So, faham-faham laa kalau ada jer assignment mesti tengok-tengok dulu then letak tepi sambung tengok movie hahahha. Well, student like that. Buat assignment last-last minute ni memang kerja aku, kalau korang, aku tak tahu la. Tapi ada sesetengah student tu suka buat kerja awal-awal and siap pun awal la, bagus sungguh student macam tu kan, aku ada juga perasaan nak jadi macam dorang tu, cehhh aku siap buat jadul belajar lagi tapi HAREMmmmm tak gunakan pon. Haih ape kena la dengan aku ni kan susah sangat nak buat kerja awal-awal hmmm.

Ada la satu assignment ni kita orang budak-budak science cognitive kena buat, kena cari 8 article then gabungkan buat satu literature review. So, ikutkan memang kena ikut satu persatu apa yang lect tu nak.Tapi masalahnya satu apa pon dia tak bagi tahu dekat kita orang apa yang dia nak. So, buat jer la berdasarkan pengetahuan dan article yang kita orang cari tu. Aku apa lagi pedulik buat jer la janji buat ! 

Buat assignment tu dalam masa seminggu dok ngadap article yang banyak-banyak tu macam nak muntah lah pulak. Apa pon aku kena siapkan juga la, kalau tak habis la tak dapat karkah nanti. Hmm habis seminggu tu alhamdulillah siap juga buat, tup-tup lect tu bagi lagi masa 2 hari untuk kita orang buat assignment tu. Haa aku kalau dah siap memang malas nak tengok-tengok balik sebab apa tak nak pening-peningkan kepala ni. Lect tu memang suka nak pening-peningkan kepala student dia. Haa critical thingking la sangat kan !!.

Ok cukup masa 2 hari dia bagi, so apa lagi hantar la cepat-cepat..........
Lega dah hantar tunggu keputusan and leteran pulak.

Dalam masa 4hari la macam tu lect tu dah siap tanda assignment kita orang.
Pehhhhhhhhh gila, 100++ student dapat markah 0-5 and selebihnya 5-20. Mana tak gilaaa, mana tak sakit hati ni beb !!
Aku dah buat kot, dah usaha kot nak buat assignment tu semua. Jap lagi dapat tahu yg 100++ student bla nlaaa blaaaa tu semua. Haa dalam hati memang confirm la aku tergolong dalam 100++ tu. Pehhhh sadis, tak nak sedih pulak kan hati ni...

Oke baru tadi pergi depan bilik lect tu cek2 assignment aku dekat dalam kotak yang dia letak luar pintu dia. Kotak yyang dekat depan pintu bilik dia tu assignment2 student dia yang dapat markah 0-5 tu, then cari punya la cari Alhamdulillah nama aku tak ada..... =)



Mood memang dah happy gila la, siap pergi makan main bowling semua. Then member aku si Mai ni bukak la fb nampak pulak lect tu update dekat group fb yang ada la 30 assignment yang dia tak masukkan dalam kotak dekat luar pintu dia tu. Pehhhhhhhhh memang darah aku turun terus la. Rasa sakit hati tu memang ada la, da la time tu aku punya turn main bowling memang strike bowling aku tu aku tujukan untuk lect tu hahaha, jahat betul aku ni kn. Hmmm nak buat cam mne hati tengah sakit. Harap-harap la lagi 30 assignment tu nukan aku yang punya !

Habis jer main bowling dekat dalam unimas jer hahah, terus pergi bilik lect tu bailk tengok ada ker aku punya assignment tu. Cari-cari, belek-belek assignment dalam kotak tu pehhhhhhhh jumpa nama aku. Memang nasib kau la Jah kena redo balik assignment tu !!!!

Kan aku dah kata semua ni dugaan sabagai pelajar 'University' so kena ikut apa yang lect tu nak !!!

FINE sekarang ni aku malas nak redo balik, take time la nanti-nanti la, belum ada mood lagi nak belek-belek article tu. 

But the problem is??? aku dah buat kot tak kan sikit markah pon dia tak bagi, aku tak tahu la apa yang lect tu nak. Agaknya la kan dulu masa lect tu belajar lect tu pernah kena macam ni kot, so sekarang dia nak balas balik dekat student dia. 

Haishh aku ni cepat sangat fikir buruk. Hmm baik la lect kesayangan akan ku redo assignment tersebut sepertimana yang kamu mahu ok. Insy'Allah. Tapi sekarang ni belum masanya lagi nak buat =( .

Nak releks2 jap and nak kena buat tutorial untuk kelas lect tu esok. 

Byee.