Monday, 11 November 2013

Statistics, Computer Graphics, Philosophy of Mind, Cognition and Design, Human and Organitional Behavior, English in Media

Assalamualaikum guysss !! Ehemmm salam tu biar panjang sikit baru afdal HHAHAHAAHH 

Kenapa aku letak tajuk utama post aku macam tu???? Tu semua subject yang aku ambik dalam sem 3 ni. Why why why??? Wahai semua sbject yang disayangi sila laaa berbaik baik dengan empunya blog ni ya !. Disebabkan kepayahan, kesusahan, dan ke ke kee laaa subject di atas aku terpaksa menguptodatekn entry ni, tu la da lama sangat tak mengupdatenyaa. Almaklumlaa kite ni student busy sesangat la hahhaahah. Padahal student lain oke jer kowt update entry dorang walaupun busy cam mana pown, cakap kau malas kan senang heeeeeeeeeee.

Guysss !!! help me, help me helpp meee. Tolong ajari aku untuk memahami setiap subject yang aku hambikk dalam sem 3 ni wuuuuu. Nak memahaminya satu pasal, tang satu lagi yang membuatkan diriku semakin mendapat kesakitan di kepala ini adalah disebabkan oleh assignment assignment yang melambak lambak yang malas nak dibuat. Penyakit last minute untuk membuat kerja kerja tersebut memang tak boleh dipisahkan dengan aku. Harap maklum la yer cik kak sekalian. 

Fuhhhh dah habis mengulas ayat dengan panjang woke !!. Done stop ...... byeeeee.

Pray for me yaa.


Thursday, 26 September 2013

SILENT :/

Assalamualikum uolls. . Ya Allah lama betulkan aku tak update entry aku ni, lama gila laaa. ALmaklumlah cik kiah ni busy bebeno. Hhaahha padahal tak de la busy mana pown. Actually, saje jer menyibukan diri ni *peace. . So, da start balik U ni baru la ada hati sikit nak membelek belek entry aku ni, rasa rindu gila gila kang hangpa semua laaa. Hangpa semua tak ngindu kat cek ka?? Hahahaah perasan tak de nya orang nak ngindu kat kau !! Fuhh sedih gilos i uolls :( . Tapi sik papa laa, kmek oke ja.  Maaf la eden campur campur bahasa jap, Kita kan satu Malaysia, perlulah belajar semua bahasa ni kan, bahasa Cina dengan India aku sik pande susah maok madahnya :/

Oke uolls macam mana perkembangan diri korang semenjak dua tiga menjak ni, pastinya oke kan. Owhh guys good job, korang memang the best laaaa. I now kawan kawan I semua happy go lucky semuanyakan :). Oke uolls actually, semenjak da masuk sem baru ni I  pown dah duduk rumah baruuuu. Yuhhhh complete missopn upsss ape benda la ni hahahaha. Best gila dapat satu rumah dengan member2 yang gila satu kepala semua. Makan sama sama, tido sama sama, GOSIP sama sama hahahahah, tu yang paling menarik sebab tu perlu caps lock yer !! 

Done setakat ni jer le ea, nanti aku update entry lain pulak, mengenai cerita cerita lepas ker yang terbaru ker,or yang tutttttttt ker???? HAHHAHAHAHAA seronokkkk 

bubuyeeey uolls see u again and miss uolls so sooooo sooooo muchhhhhh laaaaa ^_^



Sunday, 18 August 2013

Update Raya lagi. . With my Lovely family'sss


 Assalamualikum entry ku yang amat kusayangi hihii, oke strait to the point ea. Hmmm dah lama nak update raya with family ni tapi tak menyempat ler pulok, baru ni laa ada masa yang terluang sesangat la katakan hahahah. Update raya yang da basi tapi bagi i tak basi pown tetap refresh dalam ingatanku yang tajam ni acecehhhh hohooo. Oke jom ape lagi gambar ler yang penting :0 . . .

  • First day of Raya 1Syawal 
  •  
    With my mum and my dad, LOVE both of u darlsss
My brother, sibuk juga nak ambik gambar sama sama, actually dia nak pakai speck dia tu aku yang tak bagi. Then aku cakap "law nak ambik gambar dengan akak jangan pakai speck" hahahaha jahatkan
  
With my big brother, single lagi ni if nak try boleh la cuba bodek adik dia dulu ni haaa "peace

3dara pingitan hmmm tapi yang sorang tu da tunang pown, tak pe aku next pulak !! ahahahh







Almaklumlahh baru baik demam, dalam kereta tidoq jer laaa. Ni semua kerja akak aku !!!! 





  • Second day of Raya
Simple from me yeahhh

Anak anak dara ibu, abang tu sibuk nak interframe lagi pun mulut dia mcm perempuan pown hahahah. Actually baju raya yang awesome ni kak long kite org yang sponsar dia beli on9. Terima kasih la mak jemah
Orang KL anak polis. This my cosn
Yang sebelah aku tu orang kluang cosn aku juga :)
Time bergaduh dengan anak sedara pulak yer :D

Habis dah Raya kat kampung, nanti kite update cerita lain pulak yer yang paling awesome hahhhah awesome lah sangat hmmm. Oke dadaaaa titiii tutuuuu, sayanggggssss uoolssss sesangat !!!

Tuesday, 13 August 2013

Eid 2013 with Friend

Assalamualaikum uolls, hm dah lama sangat aku tak update entry ni, da lama sangat laa. Busy bebeno laaa agaknyakn. Yelaa time nak dekat dekat raya tu boleh pulak aku demam teruk, hushhh tak tahu la nak cakap ape, redho dan tawakal jer laa :(. Lepastu dah masuk raya lagi ler aku busy, dengan beraya sakan dekat kampungnyaa lagi hm memang tak de peluang langsung nak update entry, nak jenggah jenggah entry korang, hiii sesoryy yer guys.

Oke lepas balik kampung 2 3 hari tu aku dengan kawan kawan rancang laa nak raya sama sama, mintak mintak apa yang dirancang tu menjadi laa. Akhirnyaa alhamdulillah menjadi juga kami semua beraya. Tapi tak la semeriah raya last year punya sebab last year ramai, this year pulak tak ramai just berapa ketul orang jer. Ada yang belum balik kampung, dah masuk belajar dan macam macam lagi laa. 

Malas nak cakap panjang panjang, kite tengok tengok gambar jer laa ye. Sat g kat bawah aku tunjukkan ea ^_^









 

Ok dah, lepas ni insy'Allah aku update raya Love Family pulak :).
" Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin "

Saturday, 27 July 2013

Outfit of the day yang awesome !!

Assalamualaikum 


Hyee korang semua, amacam puasa korang setakat ni mesti ok jer kan, amaklumlah korang kan hebat hebat belaka hihiii. Alhamdulillah dah masuk 18Ramadhan da kan, pejam jelik pejam jelik kejap jer masa berlalu.Ya Allah besarnya keaguganMu ini, so korang jgan lupa bertadarus di bulan yang mulia ni ok, insy'Allah.

Ok, nak tanya korang persiapan raya macam mana?. dah beli baju raya? dah beli tudung raya? dah beli kasut raya? dah beli kuh raya? Acecehhh banyak pulak soalan yang aku tujukan kat korang ni kan, hihii sesory guyss. Aku saje jer nak menyusahkan korang semua untuk menjawab soalan soalan jepumas aku ni *Relaks laa ea hahahah. Aku rase la korang mesti dah buat serba sikit kan persediaan tu semua, so same la macam aku ni, sikit sikit jer persiapan raya aku ni and tak siap sepenuhnya pown.

Becerita soal persiapan raya ni, hari  ni aku tak tahu la ape la malang nasib aku, abang and akak ipar aku. Kite orang pagi pagi lagi dah bersiap pergi shopping raya kat bandar Johor tu, excited sangat kan pagi dah pergi. Dalam puluk 9am macam tu laa. So, sampai jer johor kite orang terus pergi Plaza Angsana Johor tu, sopping shopping raya baju anak anak abang and macam macam lagi ler, dekat 3jam juga laa dalam angsana tu. Oke siap jer shopping nak keluar pergi dekat parking and abang nak start ejen. . . .. .  . .  . . . Ya Allahhhhhhhh hanya Tuhan jer yang tahu betapa risaunya hati kite orang ni, kereta tak boleh nak on enjen nyer, tak tahu la masalah baterinya ker, alarmnya ker. Dekat 3jam lebih juga laa kite orang tunggu betul kan dekat parking kereta dekat angsana tu. Hmm mujurlah ada kawan abang datang tolong tengok  tengok kan dan akhirnyaa siap juga laaa. Betapa gembiranya hati ni bila kereta da boleh start semula, syukur Ya Allah.

So, kesimpulannya before korang nak pergi jalan shopping raya sakan korang tu check laa kereta kereta korang and jangan lupa buat la double check yer. Ni laa #Ootd aku yang paling awesome sangat sangat laa menunggu di parking kereta sampai 3jam. Fuhhhhhhhh, kalau korang pernah alami kongsikan lah cerita korang bersama aku dan kawan kawan yang lain :(.


Mood : Sedihhhhhhhhhhhhhh sesangat !!!! #Ootd yang sangat AWESOME !!!

Wednesday, 24 July 2013

Iklaskan Hati

Insy'Allah, Allah selalu bersama dengan orang orang yang hatinya ikhlas !!

Assalamualikum, kali ni nk update dekat entry ni mengenai hati yang ikhlas dan sekutu dengannya. Sentiasa berdoa pada Allah agar hati kte semua sentias ikhlas walau dengan sesiapa sekalipun, insy'Allah Allah sentiasa meredhoi segala perbuatan yang umatnya lakukan. 


Susah dan sukar bila nak mencari hati yang betul betul ikhlas ni kan, Ya Allah jauhilah keluargaku dari segala fitnah,kau maha mengetahu segala galanya Ya Allah, kau lindungilah kami sekeluarga dan semua umatMu yang kamu sayangi. Ingat wahai sedara sedaraku, Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lakukan walaupun perkara itu kecik bagi kamu !!. Kamu tidak sepatutnya menghasut orang yang baik untuk membenci orang yang baik dan orang yang tidak bersalah. Janganlah kamu membuat fitnah keatas saudara kamu, buruk perangainya. Jaganlah kamu selalu menyalahkan dan mendengki saudara kamu, buruk padanya. 

Fikirang orang tua begitu lemah untuk dihasutnya, orang tua selalu mengikut kata orang yang baik dengannya. Baik buruk cerita yang disampaikan kepadanya dia hanya mengikut dan mengiakannya. Ya Allah kau lindungilah orang orang tua yang selalu dihasut oleh orang orang muda. Jauhilah mereka daripada segala aniaya Ya Allah. 
Ya Allah kau yang maha pengasih lagi maha penyayang. Kau satukanlah hati hati kami sebagaimana kau satukan hati umat umatmu yang terahulu. Kau berilah kasih sayang antara kami semua Ya Allah. Sesungguhnya kami dehagakan kasih sayangmu


"Manusia yang jujur hidup dengan tenang dan tanpa ketakutan, sementara manusia yang penipu sentiasa merasa takut". . Jauhilah fitnah yang berhasad dengki kepada kami. Tunjukkan lah kebenaran yang kami mahukan.
 ~ Manusia yang suka dedahkan aib orang mukmin ketika di dunia, aibnya akan didedahkan oleh Allah S.W.T. di hari akhirat. Ketika itu orang-orang mukmin akan mentertawakan golongan tersebut yang gembira dan mentertawakan orang mukmin ketika di dunia.

Peringatan kita bersama, semoga kita ikhlas hatinya terhadp orang disekeliling kita. Insy'Allah amin *. . Assalamualaikum

Monday, 22 July 2013

Syukur ALHAMDULILLAH ***

Beriftar with Love !! ~

Assalamualaikum guys !! hm lame sudah aku x bukak entry aku ni x update ape ape pownkn, busy sangat sangat laa *ntah busy ape pown tak tahu laa hahhaa*. . Almaklumlah bulan puasa ni lepas sahur siap siap solat semua mesti la sambung tido balik then bangun sampai pukul 12pm hahahahahah, it's me *yer jer aku ni kan :P . Happy fasting guysss !!

Berbalik pade aku punya title tu "syukur ALHAMDULILLAH" why???? sebab hajat aku sebelum ni untuk beriftar dengan kawan kawan telah pun berkesampaian hihiii, thanks sangat2 uolls sayangggg sangat dekat korang *cehhh poyo pulak kan hihiiii. Hmm tapi kan before ni kite orang beriftar reramai dekat satu clas lagi mase form6 clas pre-u bukharian tu, tapi sekarang just berempat jer !!! ahhhhhhh tak seseronok macam dulu laaa, tapi walau ape pown kami berempat tetap memeriahkan suasana. walaupun berempat kecohnyaa alamak dah macam satu clas la pulak hahahah, almaklumlahhh dah lame tak berjumpakan pot pet pot petttt jer *when gurls talk !!!!, so kene la faham faham, banyak benda yang nak digosipkannya.





upsssssss sesooooryyyyy jiran sebelah datang bergosip gosip jap, tu yang tergendala kejap ni. Jap ea aku lupa aku cerita ape kat atas tu, baca balik dalam 2saat jap hahhah. . . . . . . . .
Oke oke. . . cerita tetang gambar atas tu berlaku 2tahun lepas da, ni la yang aku cakap kat atas tu budak pre-u bukharian yang kite orang iftar sama sama. Skarang dah tak ramai macam ni da :(. . sedeh weyhh, tak pe la masing masing ada kerja, so kite org faham *acehcehhh hihiii

Fitri Rafhanah ( http://www.facebook.com/fitrihanah?fref=ts ) tak de, time ni dia laa yang ambik gambar kite orang semua ~ thanks Love hahahaha. sheda tak de so jangan jelous yer hihii, nanti kau balik kite g sama sama yer
See !!!!! banyak tak banyak la kan orang perempuan macam kami ni makan hahahaha, so what?? kalau nak makan tu makan jer laa hihiiii

My dear friend I love uolss so much hhaha, thanks about everything . 

Cukup la ni jer ea, gambar gambar lain semua dekat kira hmm. Selamat berpuasa dan selamat berbuka uolls yang aku sayang. oke bye !!

Cc : http://www.facebook.com/fitrihanah?fref=ts , http://www.facebook.com/elmy.emily.3?fref=ts , http://www.facebook.com/syakirah.norhizan?fref=ts